Tarikh : 07 Februari 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Selain itu juga, program e-learning dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com . Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian peserta diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah mereka pilih. Petugas turut membantu peserta dalam pemilihan warna yang bersesuaian Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya mereka.