Tujuan

Aktiviti Advokasi ini bertujuan untuk menerapkan amalan "tidak pasti , jangan kongsi" dalam kalangan masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat dan seharusnya dilihat daripada perspektif yang positif. Hal ini kerana masih ada dalam kalangan masyarakat ketika ini cenderung untuk berkongsi apa sahaja maklumat yang diterima tanpa membuat tapisan terlebih dahulu. Disamping itu, aktiviti ini  dapat memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Sebagai pengguna media sosial yang bijak perlulah memilih untuk tidak menyebarkan atau menghebakan berita-berita palsu.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video "tidak pasti , jangan kongsi" dilaman youtube. Kemudian petugas PI memberi penerangan tentang maksud "tidak pasti , jangan kongsi"  serta langkah-langkah yang boleh dilakukan sebelum berkongsi maklumat untuk memastikan sebaran berita adalah benar dan daripada sumber yang sahih. Seterusnya aktiviti soal jawab diadakan  untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir.

Gambar Disini