Tujuan

Latihan keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan dan ahli Pusat Internet Kg Ranau yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah logo yang menarik untuk kegunaan produk mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau. 

Aktiviti

Latihan keusahawanan membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 daripada petugas PI Kg Ranau. Disini para peserta diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat  menjadikan usahawan luar bandar terutamanya golongan wanita yang berpotensi tinggi dengan mentransformasikan konsep perniagaan konvensional kepada konsep atas talian sepenuhnya.

Gambar Disini