Tujuan

Program ini merupakan Program Smart Junior yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu khas kepada para pelajar sekolah. Kluster Pusat Internet Kota Marudu mengambil kesempatan dengan melibatkan diri sebagai penceramah (Pengurus Pi Tandek) tentang Keselamatan penggunaan Internet (Klik Dengan Bijak) dan dibantu oleh Petugas dari Pi Kg Ranau dan juga Pi Tingkalanon. Program ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim sekaligus mendapatkan kerjasama baik daripada pelbagai pihak. Selain itu juga, program adalah bertujuan menyampaikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan serta etika ketika melayari internet kepada para pelajar sekolah amnya. 

Aktiviti

Aktviti dimulai dengan sesi ceramah Klik Dengan Bijak daripada Encik Boby addy Nasry (Pengurus Pi Tandek) dengan menekankan isu-isu keselamatan penggunaan internet kepada para pelajar iaitu oversharing, buli siber, sexting, cyber grooming dan sebagainya. Seterusnya perkongsian infografik video yang ditayangkan kepada para pelajar. Program ini juga diselangi dengan aktiviti menjawab kuiz dan hadiah diberikan kepada para pelajar yang menjawab dengan betul. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik sekiranya dapat diteruskan dan dijalankan di setiap Sekolah-sekolah untuk  membuat program kesedaran Klik Dengan Bijak kepada para pelajar sebagai langkah pengetahuan dan pendedahan tentang keselamatan penggunaan Internet pada masa kini. 

Gambar Disini