Tarikh : 09 Mac 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 18 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menyebarkan info dan mempelajari kisah-kisah teladan daripada cerita dongeng Aladdin dan Lampu Ajaib kepada ahli pi. Selain itu, aktiviti menonton video menggunakan kemudahan yang terdapat di Pi memainkan peranan penting dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menyampaikan maklumat, hiburan, didikan dan seumpamanya serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara itu. Selain itu media seperti turut berpengaruh dalam pembentukan akhlak dan sikap masyarakat terutama generasi kanak-kanak dan remaja. Tayangan video ini menggunakan komputer dan projector skrin juga sesuai digunakan untuk menyebarkan info dan mempelajari beberapa pengajaran kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang dilihat lebih inovatif dan kreatif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video mengenai cerita-cerita pengajaran dan mesej di sebalik kisah dongeng ini kepada ahli pi kg Ranau.