Tarikh : 10 Mac 2020 Masa : 2.00 Pm - 5.00 Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas Multimedia pembelajaran mengenai pengenalan media baru Facebook ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah rendah yang masih lagi belum mempunyai akaun facebook sendiri. Aktiviti ini dapat membolehkan peserta dapat membuka akaun email seperti Gmail dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi media baru kepada para pelajar kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun facebook menggunakan akaun Gmail untuk permulaan email mereka. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada peserta secara langsung.