Tarikh : 16 Mac 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat Biodata Diri menggunakan Ms Word 2016 seterusnya para peserta dapat belajar memperkenalkan diri melalui penulisan. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan dan panduan cara-cara membuat biodata diri yang boleh diedit menggunakan perisian ini. Selain itu, Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat biodata diri berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.