Tarikh : 6 Julai 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Facebook Page Pi Kg Ranau Peserta : 18 Orang |
Tujuan
Aktiviti Advokasi KDB ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti dengan aktiviti semasa Pi Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Aktiviti ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan aktiviti silang kata. Aktiviti dimulakan ini disiarkan di laman Facebook Page Pusat Internet Kg Ranau dengan membuat link aktiviti permainan pendidikan iaitu https://wordwall.net/play/3237/584/281. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak.