Tujuan

Tujuan kelas asas perniagaan sesi 2 yang pertama ini dibuat untuk membantu usahawan menggunakan perniagaan atas talian serta menggalakan peserta mengikuti pertandingan usahawan baru online Pusat Internet. Selain itu, kelas ini dapat mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan, membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan.   

Aktiviti

Para peserta usahawan diberikan penerangan mengenai tujuan pertandingan usahawan online pusat internet dan isi kandungan untuk kelas asas perniagaan online supaya para usahawan dapat menggunakan internet sebagai platform berniaga. Petugas menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes e-Dagang usahawan bersama Shopee seperti membuka akaun menjual di shopee. Program ini dapat mewujudkan aktiviti sihat dan kreatif kepada komuniti pusat internet serta memeriahkan kembali pusat internet selepas perintah kawalan pergerakkan pemulihan (PKPP) . Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini