Tarikh : 16 Ogos 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini. Para peserta juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan tersebut. Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.