Tarikh : 19 Ogos 2020 Masa : 2.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas membuat poster dan cara memasukkan gambar ke dalam Ms Word 2016 dan menggunakan saluran media yang lain seperti Facebook . Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan sebuah poster dengan cara-cara memasukkan grafik. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara memasukan gambar menggunakan Ms Word 2016 dan menggunakan Font yang betul berdasarkan kesesuaian gambar .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat dalam perisian ini.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.