Tujuan

Bengkel membuat poster Sesi 3 ini bertujuan menggalakkan remaja terus aktif terlibat dengan Pusat Internet dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka . Para peserta mempelajari  kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej menggunakan Online Photo Editor www.canva.com dan hasil poster para peserta  yang boleh digunakan di media sosial para pelajar.  Selain itu ,bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan My Vote dalam aplikasi Dashboard. 

Aktiviti

Petugas menerangkan tujuan bengkel diadakan kepada peserta pertandingan poster pusat internet. Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster yang bertemakan "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.