Tarikh : 04 September 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti E-Learning Digital Competency Score (DCS) sesi 1 adalah satu penilaian murid berasaskan gamefication untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam 3 aspek dan bertujuan untuk menguji minda pelajar Tahun 6 SK Ranau. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.dcs.moe.edu.my. Pelajar perlu memasukkan nama dan nombor kad pengenalan untuk menjawab semua soalan yang disediakan. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.