Tarikh : 06 September 2020 Masa : 9.00 Am- 11.00 Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti membuat poster menggunakan Microsoft Word ini bertujuan menggalakkan remaja terus aktif terlibat dengan Pusat Internet dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka . Para peserta mempelajari kemahiran menyunting poster menggunakan tool-tool yang terdapat di Microsoft Word dan hasil poster para peserta yang boleh digunakan di media sosial para pelajar. Seterusnya faedah menggunakan microsoft word selain untuk menaip dapat disampaikan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas menerangkan tujuan aktiviti ini. Kelas Software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster. Kemahiran menyunting poster menggunakan perisian ini dapat menerangkan kepada peserta tentang kelebihan yang terdapat dalam microsoft word selain untuk tujuan menaip. Kemudian para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan poster yang bertemakan "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan menggunakan aplikasi lain seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.