Tujuan

Kelas buat akaun email ini bertujuan membantu para peserta pertandingan poster untuk menghantar hasil karya poster mereka menggunakan email sendiri. Email merupakan satu bentuk alat elektronik digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Para peserta juga akan dapat mengetahui fungsi email dan kepentingan penggunaan email pada masa kini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membolehkan para peserta membuka akaun email dan facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan penerangan tentang fungsi-fungsi dan kepentingan penggunaan email kepada para peserta kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun email Gmail sendiri. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada pelajar secara langsung. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini