Tarikh : 12 September 2020 Masa : 9.00Am - 11.30Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB & Kuiz bersama Ahli MIV (Malaysian ICT Volunteer) Pi Kg Ranau sempena program Bicara Klik dengan Bijak siri 03/2020 dengan tajuk "Padah dan bahaya terlebih kongsi di Media Sosial" dijalankan supaya para pelajar dapat memperolehi pengetahuan tentang keburukan perkongsian melampau maklumat peribadi di media sosial. Aktiviti ini juga dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Ahli MIV PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran "Padah dan bahaya terlebih kongsi di Media Sosial" . Para pelajar menonton video tentang tajuk ini dan ahli MIV memberi tunjuk ajar sekiranya pelajar tidak memahami topik ini. Aktiviti advokasi KDB ini turut menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Sesi menjawab kuiz menggunakan laman web yang disediakan menggunakan https://quizizz.com dibuat supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.