Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme perasaan cintakan negara dalam kalangan pelajar sekolah dengan menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di pusat internet. Tema hari kemerdekaan 2020 adalah "Malaysia Prihatin" adalah bukti patriotisme rakyat dalam menghadapi norma baharu ketika situasi pandemik ini. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat lebih mengingati asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini dengan cara memasukkan gambar bendera dalam slide mereka. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini. 

Aktiviti

Peserta terlebih dahulu diberi penerangan tentang tujuan aktiviti ini sempena bulan kemerdekaan. Peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini ,supaya para pelajar dapat melihat contoh slide pembentangan yang lengkap. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan bertemakan "Malaysia Prihatin" kepada peserta supaya lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan tersebut.  Secara keseluruhan kelas ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Kg Ranau iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini