Tarikh : 20 September 2020 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube dengan tajuk Klik Dengan Bijak bertujuan untuk menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat dalam kalangan pelajar semasa menggunakan alat-alat teknologi. Advokasi KDB ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial melalui penayangan video. Kebaikan penggunaan Youtube dalam pengajaran dapat diperluaskan kerana kandungan video dari Youtube seperti warna, muzik, grafik animasi dapat menarik perhatian para pelajar untuk menonton dan mengingati maklumat yang mereka terima.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang Klik Dengan Bijak seperti tidak pasti jangan kongsi, oversharing dan cara-cara penggunaan komputer yang betul. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.