Tujuan

Program KDB Menyemai Perpaduan di Alam Maya dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Daerah Kota Marudu/Pitas dan KRT Kg. Tandek serta Kluster Pusat Internet Kota Marudu diadakan secara live di Page Facebook Menarik di Kota Marudu. Panel jemputan untuk program ini adalah En. Nasiruddin Ahmad merupakan Pegawai Perpaduan Kota Marudu dan Pitas. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang boleh menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat ini dapat hidup harmoni. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan kemudahan teknologi demi keharmonian kaum.

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan daripada penyampai iaitu En. Nasiruddin Ahmad dan dibantu oleh Pengurus PIK Tandek En.Bobby sebagai moderator. Kemudian sesi penerangan tentang KDB Menyemai Perpaduan di Alam Maya. Perkembangan teknologi maklumat ini menyebabkan banyak berita palsu kurang tepat dan bukan dari sumber sahih yang menyentuh sensitiviti kaum telah mempengaruhi rakyat di negara ini. Diharapkan dengan norma baharu ini perpaduan dalam kalangan masyarakat tetap harmoni dengan menggunakan kemudahan tekonologi dengan bijak. Akhir daripada aktiviti ini petugas menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman masyarakat. Walaupun masih dalam tempoh PKPB perkongsian mengenai KDB masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.

Gambar Disini