Tujuan

Aktiviti ini bertujuan bagi membantu para komuniti yang menghadapi masalah capaian internet untuk mengemaskini maklumat pelajar dan ibubapa dalam sistem pengurusan sekolah di Pusat Internet Komuniti. Aktiviti ini juga bertujuan bagi menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai One Stop Center di kawasan komuniti dan menyampaikan fungsi PIK kepada Komuniti setempat pada masa Pandemik Covid19 ini.

Aktiviti

Ahli PIK membuat temujanji dengan petugas untuk hadir ke PIK dan petugas telah membantu ahli bagaimana untuk mengemaskini maklumat pelajar dan ibubapa menggunakan laman web https://public.moe.gov.my/. Perkhidmatan dalam talian ini bertujuan untuk melaksanakan transaksi berkaitan pengurusan murid dibawah KPM. Secara keseluruhannya, petugas tetap memastikan para ahli yang hadir ke PIK untuk mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. 

Gambar Disini