Tarikh : 18 Februari 2021 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Group WhatsApp Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti Advokasi KDB ini dijalankan secara online bagi memastikan para komuniti masih boleh mengikuti dengan aktiviti semasa Pi Kg Ranau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Aktiviti ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri. Kuiz KDB secara online ini dapat membantu komuniti terutama golongan ibubapa dan remaja menerapkan konsep Klik Dengan Bijak dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan melalui Google form dan berbentuk soalan subjektif iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScB2zmNA6Dp-A9wapgwfyX-dUziZcQr7hkqUP_m-PtsE0378A/viewform?usp=sf_link. Melalui aktiviti ini para komuniti boleh menyertai aktiviti secara online walaupun berada di rumah tanpa ke Pusat Internet dan sentiasa peka dengan kesedaran Klik Dengan Bijak.