Tujuan

Latihan Keusahawanan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan menggunakan Live Facebook PIK Kg Ranau kepada ahli PI dengan memfokuskan suntingan imej produk menggunakan Microsoft Power Point 2016. Petugas PIK menggunakan live di Facebook untuk latihan keusahawanan dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial. 

Aktiviti

Menggunakan Live video Facebook dan StreamYard petugas PIK memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan Power Point 2016. Melalui latihan ini, para usahawan masih dapat menimba ilmu melalui pembelajaran secara atas talian.

Gambar Disini