Tujuan

Latihan Keusahawanan rakaman dan suntingan video bersama usahawan pusat internet Pn. Keltinah Sinun ini dapat membantu Pn.Keltinah  mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual menggunakan pemasaran teknik video. Pn. Keltinah juga dapat mempelajari beberapa teknik suntingan video menggunakan perisian Filmora. Hal ini kerana, video yang mengandungi animasi merupakan penyampaian yang efektif dalam pemasaran pada masa kini. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran usahawan dalam mempromosikan produk mereka secara atas talian dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Youtube.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas cara untuk menggunakan aplikasi filmora editing video  dan kepentingan menyunting video untuk kegunaan dalam pemasaran produk. Pn. Keltinah mula merakam video menggunakan telefon untuk mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual. Petugas membantu beliau membuat video secara satu persatu dan Pn Keltinah mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut. Peserta dapat menggunakan hasil suntingan mereka dalam mempromosikan produk kecantikan beliau. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP PKPB dipatuhi. 

Gambar Disini