Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang  dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PIK Kg Ranau.  Selain itu juga, aktiviti mewarna dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak  dalam kombinasi warna yang digunakan. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatkan ahli PI dengan PIK Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com . Petugas memberikan penerangan kepada peserta cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian peserta diberikan  masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah mereka pilih. Petugas turut membantu peserta dalam pemilihan warna yang bersesuaian  Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya mereka. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini