Tujuan

Program Pendaftaran Vaksin Covid 19 yang dianjurkan di PIK Kg Ranau bertujuan membantu komuniti kampung termasuk warga emas yang berdepan kesukaran mendaftar program berkenaan melalui aplikasi MySejahtera. Usaha paparan poster di media sosial seperti Facebook, Group WhatsApp dan Instagram PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid -19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan kepada orang awam. Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

 Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang cara-cara pendaftaran menggunakan MySejahtera secara ringkas kepada penerima vaksin Covid 19 tentang program ini. Diharapkan lebih ramai komuniti memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh SKMM untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.  Sepanjang program dijalankan, petugas  turut memastikan setiap komuniti mematuhi Sop PKPP.

Gambar Disini