Tujuan

Program penyampaian hadiah untuk Pertandingan Video Kreatif ini dirasmikan oleh Encik Abdul Gias Bin Musa Ketua Kampung Kg Ranau. Tujuan aktiviti Pertandingan Video Kreatif Pusat Internet Komuniti Kg Ranau 2021 untuk melaksanakan dan menjayakan aktiviti tahunan bersama komuniti , mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PIK dan komuniti,  menggalakkan komuniti melibatkan aktiviti–aktiviti kreatif dan daya berfikir mengembangkan bakat terpendam peserta . Disamping itu untuk mendapatkan ahli baru serta meningkatkan pengikut di media social milik PIK. Pertandingan Video ini merupakan salah satu Program Promosi dan Kesedaran Pusat Internet Komuniti (PIK) .

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran semua peserta dan ibu bapa yang terlibat. Pengurus Pusat Internet kg Ranau memberi taklimat ringkas mengenai program ini. Encik Abdul Gias Bin Musa memberi ucapan seterusnya merasmikan program ini. Program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan peserta . Pemenang pertama yang mendapat banyak like di Facebook iaitu Pn.Noorfidah Bakrin, tempat kedua adik Noorsyafiqah Aliman dan tempat ketiga adik Norsabahriah Ahamd Sabdilah. Setelah selesai, sesi bergambar bersama peserta dan tetamu jemputan. Melalui program ini, objektif penubuhan Pusat Internet dapat disampaikan kepada warga komuniti seterusnya dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli PIK dengan petugas PIK Kg Ranau. Sepanjang program dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini