Tujuan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Jabatan Keterlibatan Komuniti telah mengadakan sebuah sesi perkongsian yang bertajuk ‘Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’. Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl’s in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Antara Objektif Program ini adalah:

1. Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.

2. Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT. 

3. Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional.

Aktiviti

Setiap petugas PIK atau Sukarelawan ICT Malaysia (Malaysian ICT volunteers) menggunakan link zoom yang telah diberikan untuk menyertai sesi ini dan orang awam boleh menonton sesi temubual di Live Facebook Klik Dengan Bijak. Para panel jemputan seperti Puan Hashimah Hashim Pengarah Jabatan Keterlibatan Komuniti, Puan Viviantie Sarjuni Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC) , Cik Faezrah Rizalman Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy dan Penasihat SCEIC dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir Pelajar Komunikasi Media Baru dan Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video Bebas. Sesi Soal jawab turut diadakan.

Gambar Disini