USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Nama : Nurfarhana Syazhwanie Umur : 34 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Puan Nurfarhana Syazhwanie berasal daripada Tamparuli dan kini beliau menetap di Kampung Ranau Kota Marudu kerana mengikuti suaminya. Puan Nurfarhana Syazhwanie menjalankan perniagaan kerepek kering seperti kerepek ubi kayu, kerepek pisang dan juga popia. Beliau berminat untuk memulakan perniagaan kerepek kerana terpengaruh oleh kakaknya yang juga berniaga kerepek. Beliau turut menyatakan bahawa beliau ingin memulakan perniagaan tersebut kerana modal yang kecil. Selain daripada itu, beliau juga turut disokong oleh ipar duai dengan memberi inspirasi dan idea kepelbagaian kerepek. Pada mulanya, beliau hanya menjalankan perniagaan tersebut sekadar suka-suka tetapi apabila beliau terpaksa berhenti kerja atas faktor kesihatan, Puan Nurfarhana Syazhwanie mula terfikir untuk mencari pendapatan sendiri dan membantu menambah pendapatan isi rumah dengan meneruskan secara serius dalam perniagaan kerepek tersebut atas faktor kos sara hidup dan keperluan hari-harian yang semakin meningkat. Disamping itu juga, beliau turut menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan kecil-kecilan yang berjaya. Dengan itu, beliau tertarik untuk menjadi ahli Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mengikuti latihan keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan celik ICT memandangkan pada zaman kini kebanyakan usahawan menggunakan pemasaran secara digital atas kemajuan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan media sosialiti yang menjadi informasi dan penelus kepada masyarakat kini.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
- Mempelajari cara membuat email
- Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
- Mempelajari cara membuat logo/sticker secara online dan offline iaitu menggunakan perisian Adobe Photoshop dan PIXLR
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu dan memberi idea dalam penghasilan 'logo' dan ‘sticker’ produk
- PI membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI
- Memberi kelas tambahan yang diperlukan