USAHAWAN CELIK IT
Nama : Mohammad Andrian Bin Johnny Umur : 11 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Adik Mohammad Andrian merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Andrian bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Adik Andrian telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet pada tahun 2018 kerana tertarik dengan aktiviti dan kelas yang ditawarkan di Pusat Internet Kg Ranau selain daripada mendapatkan perkhidmatan komputer yang diberi secara percuma sebagai ahli. Adik Andrian juga sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Andrian turut mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Sepanjang PKP dilaksanakan bagi mencegah penularan pandemik covid-19, adik Andrian ke Pusat Internet dengan mematuhi SOP yang diarahkan iaitu memakai penutup hidung dan mulut serta beliau menjaga jarak dan kebersihan diri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Andrian hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Andrian juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Andrian telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Andrian juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Andrian telah berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain