Nama         :  Muhammad Hasriq Bin Asdie

 Umur         :  12 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Muhammad Hasriq merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Hasriq bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Adik Hasriq telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet pada tahun 2018 kerana ingin mengetahui tentang ICT yang ditawarkan serta untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer dan internet yang disediakan. Adik Hasriq sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Hasriq juga mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Hasriq hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Hasriq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Hasriq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Hasriq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Hasriq telah  Berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain. Disamping itu juga, adik Hasriq sering memberi kerjasama dalam setiap Program PI yang dijalankan dan kini beliau telah mahir tentang penggunaan komputer dan juga merupakan seorang peserta pertandingan Poster Pusat Internet 2020.