Tarikh : 23 Julai 2024 Masa : 2:00 Pm - 4:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Kelas ini bertujuan untuk memastikan golongan pelajar mempelajari kebersihan diri terutamanya penjagaan gigi (soft skill). Kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan golongan agar lebih sihat dan ceria. Penjagaan kebersihan gigi amat penting bagi mencegah pelajar dari dijangkiti pelbagai penyakit. Pelajar harus diberi pendedahan dan pendidikan awal tentang soft skill (Penjagaan gigi) yang memberi manfaat dalam diri mereka agar memberi imej yang berketrampilan tinggi dan melatih diri mereka untuk berdisiplin.
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud soft skill dan sebab kenapa setiap orang memerlukan kemahiran soft skill. Petugas juga menjelaskan mengenai penjagaan gigi dan cara mengurus diri sendiri. Petugas juga memaparkan video contoh penjagaan gigi kepada pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai keseimbangan, keberkesanan, dan kepuasan dalam kehidupan mereka. selepas kelas penjagaan gigi dilaksanakan petugas membuat kuiz kepada pelajar agar mereka lebih memahami cara-cara untuk menjaga gigi dengan cara yang betul.