Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting poster dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. Oleh itu, mereka juga boleh memanfaatkan latihan keusahawanan yang diadakan di NADI Kg Ranau untuk kegunaan pelajar di masa hadapan.

Aktiviti

Kelas ini diadakan di NADI Kg Ranau dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster mereka. Seterusnya, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik.

Gambar Disini