Tarikh : 15 Ogos 2024 Masa : 2:00 Pm - 4:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan bahasa english kepada ahli NADI. Program e-learning bahasa English ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam penggunaan bahasa English yang mana merupakan bahasa yang harus dipelajari pada masa kini terutama di kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar NADI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli NADI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa English terlebih dahulu oleh petugas NADI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan bahasa inggeris yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.