Tujuan

Advokasi klik dengan bijak iaitu maklumat palsu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah tentang kebertanggungjawaban dalam menggunakan platform digital dan juga memastikan kesahihan sebuah maklumat atau berita. Selain itu, advokasi ini juga boleh memberi pengetahuan awal agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di NADI Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan komuniti setempat. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para komuniti tentang kesedaran maklumat palsu

Gambar Disini