Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dengan mendedahkan mereka kepada permainan berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Selain itu, aktiviti ini akan dapat meningkatkan kecerdasan fikiran pelajar juga dan dapat menjauhkan pelajar daripada permainan yang tidak berfaedah dan menarik minat pelajar untuk lebih cenderung bermain permainan berasaskan sains dan teknologi.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di NADI Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi penerangan STEM iaitu singkatan kepada bidang Science, Technology, Engineering, Mathemathics. Seterusnya petugas akan menjelaskan konsep permainan Smart Turn kepada pelajar. Konsep permainan Smart Turn ini memerlukan peserta untuk memusingkan penanda untuk menyentuh bintang tanpa bertembung dengan penanda yang lain. Permainan ini memerlukan asas matematik dan fizik untuk bermain. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi dan meningkatkan kecerdasan kepada pelajar sekolah.