Tarikh : 05 Disember 2018 Masa : 2.30PM - 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak para peserta lebih meminati subjek English. Selain itu, ia boleh mendidik para peserta dengan pengunaan Bahasa English dalam rutin seharian mereka melalui aktiviti belajar Bahasa English menggunakan Internet dalam kemudahan Youtube.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan English Educational mengenai Kids Vocabulary yang terdapat didalam Youtube. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan mencari jawaban di Web English Central.com. Setelah siap menyiapkan tugasan, para petugas PI Kg Ranau membuat sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih dapat belajar menguasai perkataan-perkataan English secara tidak langsung.
Melalui aktiviti ini, ia dapat menggalakan pengguna datang lebih kerap bagi menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada dengan lebih cekap, selamat dan berfeadah disamping menerapkan kesedaran mengenai penggunaan internet ke arah kebaikan dimana untuk mencapai matlamat program advokasi dan Klik dengan Bijak (KDB).