USAHAWAN ONLINE BARU
Nama : Nor Zainah Binti Mohd Zain Umur : 34 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Nor Zainah menjalankan perniagaan Produk Kecantikan (Produk Nurraysa), Kesihatan dan Buku Pendidikan Kanak-Kanak Sebagai seorang Agent Dropship dan juga Stokis. Cik Nor Zainah merupakan seorang usahawan online baru Pusat Internet Komuniti Kampung Ranau dan beliau berusia 34 Tahun. Cik Nor Zainah telah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2018 bermula dari rumah dan kini berniaga di atas talian. Cik Nor Zainah berminat dalam bidang niaga ini kerana ingin menambah pendapatan dan membantu ahli keluarga selain daripada bekerja sebagai seorang Guru KAFA di Kota Marudu. Berminat mendaftarkan diri sebagai ahli PIK pada tahun 2018 kerana tertarik dengan aktiviti dan program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau. Cik Nor Zainah telah mengikuti Pertandingan Usahawan Online Baru PIK 2020 dan merupakan salah seorang peserta pemenang pada tempat keempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan PIK, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, kini Cik Nor Zainah aktif membuat jualan atas talian melalui media sosial iaitu platform whatsapp dan juga facebook beliau. Cik Nor Zainah juga kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial dan Online platform web bisnes (Yezza & Shopee) untuk menarik pelanggan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. Dengan bimbingan dan bengkel keusahawanan yang beliau ikuti di PIK, beliau juga dapat mempelajari asas-asas mencipta akaun kedai online melalui yezza & shopee.