USAHAWAN DIGITAL PIK
Nama : Nurul Syuhada Binti Ismail Umur : 29 Tahun Ahli : 2019 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Syuhada menjalankan perniagaan produk kesihatan( Shaklee) , bahan bacaan dan juga alat tulis. Cik Syuhada merupakan seorang Guru Sekolah KAFA di Kampung Langkun Kota Marudu dan berumur 29 tahun. Memulakan perniagaan pada tahun 2019 hanya dari rumah dan secara dalam talian (Whatsapp sahaja). Beliau Mula meminati bidang perniagaan kerana ingin menambahkan pendapatan selain kerja sebagai guru KAFA. Dan minat yang tinggi terhadap bahan pendidikan kanak-kanak memandangkan di Kota Marudu agak kurang untuk mendapatkan bahan buku pendidikan kanak-kanak yang tepat dan sesuai untuk digunakan mengikut peringkat umur. Oleh yang demikian, beliau ingin mengembangkan perniagaan buku dan bahan bantuan mengajar yang menarik serta mudah untuk para ibu mendapatkan bahan bantu mengajar di rumah. Beliau menyatakan bahawa menjalankan bisnes produk sampingan iaitu Produk Shaklee adalah sebagai tambahan pendapatan kewangan bagi meningkatkan taraf hidup. Cik Syuhada mula mendaftar diri sebagai ahli PIK pada tahun 2019 kerana tertarik dengan tawaran yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti. Beliau mula menyertai kelas-kelas dan juga aktiviti/program yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti bagi menambah ilmu dalam keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PIK, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan hanya dikenali oleh rakan-rakan dan sekitar Kota Marudu. Agak kurang menggunakan facebook untuk perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, Cik Syuhada kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial dan Online platform web bisnes (Yezza & Shopee) untuk menarik pelanggan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. Dengan bimbingan dan bengkel keusahawanan yang beliau ikuti di PIK, beliau juga dapat mempelajari asas-asas mencipta akaun kedai online melalui yezza & shopee. Kini, Cik Syuhada sangat aktif membuat iklan perniagaan yang beliau jalankan melalui akaun facebook miliknya. Kini dengan penglibatan PIK, Cik Nurul Syuhada mendapat keuntungan sekurang-kurangnya sebanyak 10% dengan bantuan PIK melalui program yang dijalankan dan bimbingan promosi daripada petugas.