USAHAWAN DIGITAL PIK
Nama : Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini Umur : 27 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Encik Ardhani menjalankan perniagaan perkhidmatan Design dan Printing. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual makanan basah seperti Produk sambal Homemade. Beliau berusia 27 Tahun dan merupakan bekas peserta Usahawan TUBE 7.0 (Sabah). Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam Program TUBE sabah, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan perkhidmatan design & printing yang semakin dikenali ramai. Pusat Internet Komuniti kg Ranau menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan PIK, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Melalui penglibatan PIK, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet di area sekitar PIK pada tahun 2018 dan 2019 dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat dan juga bantuan promosi daripada petugas Pusat Internet Komuniti. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Pertandingan Usahawan Baru Online PIK pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, Encik Mohd Ardhani dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PIK dan merupakan salah seorang Peserta usahawan yang aktif bersama PIK Kg Ranau dalam pertandingan Usahawan Digital PIK dan juga Peserta usahawan Program Pembangunan E-Dagang Shopee Komuniti Sabah Anjuran MCMC Sabah bersama PIK Kg Ranau. Tidak dinafikan, PIK membantu dari segi peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10% sepanjang Program Usahawan yang disertai oleh Encik Mohd Ardhani pada tahun 2021 walaupun didalam keadaan Pandemik beliau tetap bersemangat dan berusaha. Begitujuga dengan Petugas sentiasa memberi sokongan dan promosi hebahan kepada perniagaan beliau di Media Sosial.