CELIK IT - BELAJAR MENAIP DAN MULTIMEDIA
Nama : Zamre Bin Balong Umur : 45 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Encik Zamre merupakan seorang staff PPT di Hospital Ranau. Beliau bertugas di luar daerah Kota Marudu. Walaupun demikian, beliau tetap mengambil peluang untuk belajar ICT dan meningkatkan softskill beliau di PEDI Kg Ranau pada tahun 2019 kerana berada dekat dengan tempat tinggal beliau dan beliau juga merupakan salah seorang peserta yang Konsisten mengikuti kelas dan bersemangat untuk belajar. Encik Zamre mengambil peluang tawaran yang dianjurkan di PEDi untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT terutama dalam bidang multimedia serta Video Editing.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Encik Zamre hanya menjalankan aktiviti pekerjaan beliau sebagai seorang petugas PPT Hospital dan mengisi masa lapang bersama anak-anak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Encik Zamre menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau memandangkan skop pekerjaannya juga melibatkan penggunaan ICT dan juga minat beliau yang mendalam untuk mempelajari ilmu penciptaan video dan foto editing. Setelah Berjaya mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi secara konsisten, kini Encik Zamre Bin Balong telah berjaya menguasai asas penggunaan Microsoft Office 2016 yang baharu dan telah memahami secara asas tentang cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office 2016 dan juga telah mahir dalam bidang pengeditan movie maker dan perisian Adobe Photoshop. Di samping itu, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau jugamenyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan hasil kerja yang berkualiti dan akan memperkembangkan bakat dan minat beliau dalam bidang pengeditan video dan fotografi serta menjadikan PEDi sebagai tempat untuk melayari Internet dan menggunakan kemudahan komputer yang disediakan.