CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Amirah Binti Zaim

 Umur         :  18 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Amirah berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 18 tahun dan masih belajar. Cik Amirah juga merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan Kini melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM. Cik Amirah telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018 kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta aktiviti dan program kesedaran yang dijalankan di PEDi Kg Ranau. Beliau sangat rajin mengikuti kelas ICT di PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran yang kini banyak menggunakan teknologi digital. Beliau juga merupakan seorang ahli skuad/MIV PEDi Kg Ranau yang membantu dalam menyampaikan hebahan dan maklumat serta program advokasi Klik Dengan Bijak dalam komuniti setempat. Cik Amirah menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai One-stop Center dalam membantu beliau meningkatkan kemahiran ICT, kemudahan dalam tugasan kerja-kerja harian serta memanfaatkan pengalaman penglibatan yang ada sebagai rujukan kerjaya di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Cik Amirah hanya tahu menggunakan asas microsoft office word dan kurang mengetahui tentang pengunaan microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Cik Amirah juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Cik Amirah menyedari bahawa betapa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Cik Amirah juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Setelah mengikuti kelas asas ICT, Cik Amirah semakin mahir dalam menggunakan microsoft office seperti penggunaan powerpoint dan excel. Manakala dalam pengeditan video dan gambar, Cik Amirah menggunakan perisian adobe photoshop dan asas-asas teknologi multimedia yang lain. Selain daripapda itu, Cik Amirah juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan. Kini, Cik Amirah telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami lebih dalam mengenai kepentingan penggunaan ICT. Di samping itu, beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT bagi melanjutkan pelajaran beliau ke menara gading.