Nama         :  Norhanijah Binti Jamal

 Umur         :  31 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Norhanijah Binti Jamal atau lebih mesra dipanggil sebagai Puan Nora menjalankan perniagaan makanan iaitu menjual kuih muih tradisional seperti Karipap Frozen yang mana nama produk tersebut telah dinamakan sebagai Karipap Frozen Mak Jah iaitu inspirasi atas nama ibunya sendiri. Puan Nora menjalankan perniagaan kuih-muih dan pelbagai makanan lain tersebut bersama-sama dengan ibu beliau iaitu Puan Rukijah Yassin yang juga merupakan usahawan bimbingan Rakan Digital dan Pedi Kg Ranau. Selain daripada menjual kuih-muih dan pelbagai juadah makanan lain, Puan Nora bersama ibunya juga menjalankan perniagaan perkhidmatan Catering di sekitar Kota Marudu. Tempahan kuih-muih beliau juga sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelbagai pelanggan. Pelbagai jenis kuih-muih yang dijual namun Karipap Frozen dijadikan sebagai salah satu produk yang ingin dipasarkan secara atas digital melalui platform e-dagang yang telah dipelajari di Pedi Kg Ranau. Puan Nora amat tertarik dengan tawaran dan bimbingan daripada Rakan Digital dan petugas Pedi Kg ranau dalam membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau. Bersama-sama dengan PEDi, beliau ingin membantu meningkatkan jualan bersama ibunya dan menambah ilmu keusahawanan serta mempelajari Ilmu Kemahiran ICT lain bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan beliau di dalam Komuniti setempat dan seterusnya dikenali diseluruh tempat terutama di atas platform E-dagang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan PEDi, perniagaan beliau hanya menjalankan aktiviti perniagaan secara tradisional seperti menjual ke tamu-tamu dan menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui penglibatan PEDi, kini perniagaan beliau mula dipasarkan diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Nora masih dibawah bimbingan Rakan Digital dan Pedi Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan  Nora mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh Pedi Kg Ranau seperti program Hari Bersama Komuniti, Program jemputan mengadakan booth pameran serta aktiviti-aktiviti kerjasama pedi bersama agensi luar. Pedi Kg Ranau akan membawa produk Puan  Nora untuk dipromosikan dan lebih dikenali sekaligus mempromosikan kedai atas talian beliau di Shopee bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan diluar kawasan Kota Marudu.