CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Azharina Binti Jamil

 Umur        :  20 Tahun

 Ahli           :  2022

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Azharina berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 20 tahun dan masih belajar di peringkat STPM.Cik Azharina telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2022 kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta aktiviti dan program kesedaran yang dijalankan di PEDi Kg Ranau. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti Cetakan dan Komputer kerana dekat dengan rumah dan memudahkan beliau untuk menyiapkan kerja atau tugasan sekolah. Cik Azharina juga sangat rajin mengikuti kelas ICT dan Advokasi (KDB) di PEDi Kg Ranau untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ICT dan lain-lain kemahiran digital.Beliau juga merupakan seorang ahli skuad/MIV PEDi Kg Ranau yang membantu dalam menyampaikan hebahan dan maklumat serta program advokasi Klik Dengan Bijak dalam komuniti setempat. Cik Azharina menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai One-stop Center dalam membantu beliau meningkatkan kemahiran ICT, kemudahan dalam tugasan kerja-kerja harian serta memanfaatkan pengalaman penglibatan yang ada sebagai rujukan kerjaya di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Cik Azharina hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office.Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Cik Azharina juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe Photoshop.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PEDi, Cik Azharina kini menyedari bahawa betapa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten lagi bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer yang betul. Cik Azharina juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Setelah mengikuti kelas asas ICT, Cik Azharina semakin mahir dalam menggunakan microsoft office seperti penggunaan powerpoint, excel dan publisher. Manakala dalam pengeditan video dan gambar, Cik Azharina menggunakan perisian adobe photoshop dan asas-asas teknologi multimedia yang lain.Kini, Cik Azharina telah berjaya menguasai asas dan teknik penggunaan komputer yang lebih banyak dan memahami lebih dalam mengenai kepentingan penggunaan ICT. Di samping itu, beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari sebagai kemahiran yang berguna untuk masa hadapan beliau terutama ke arah pembelajaran yang lebih tinggi ataupun ke alam pekerjaan.