CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN MULTIMEDIA

Nama         :  Muhammad Haziq Aniq Bin Asdie

 Umur        :  17 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Muhammad Haziq berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 17 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah kota marudu. Adik Haziq juga adalah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Kota Marudu dan telah menjadi ahli PEDi Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Haziq juga sangat tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program yang dijalankan oleh PEDi Kg Ranau. Beliau rajin mengikuti kelas ICT untuk mendapatkan kemahiran ICT daripada PEDi Kg Ranau bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Haziq juga mengambil kesempatan dan peluang untuk menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah nya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PEDI Kg Ranau, Adik Haziq hanya menjalankan aktiviti hariannya dirumah dan sekolah. Adik Haziq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada.Di samping itu, Adik Haziq juga tidak tahu menggunakan asas Microsoft office word dan kurang mengetahui tentang penggunaan Microsoft office yang lain seperti powerpoint, excel dan publisher. Dari segi, pengetahuan tentang multimedia, Adik Haziq juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian adobe.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PEDi, Adik Haziq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan komputer di dalam kehidupan masyarakat kini. Adik Haziq menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Haziq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas PEDi Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Haziq telah berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian komputer yang lain. Di samping itu, Adik Haziq juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh PEDi Kg Ranau sama ada secara atas talian mahupun bersemuka. Selain daripada itu, Adik Haziq juga menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.