CELIK IT - BELAJAR MICROSOFT OFFICE, ADVOKASI DAN STEM

Nama         :  Nuralya Nabilah Binti Julkepli

 Umur        :  14 Tahun

 Ahli           :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Nuralya berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu yang berumur 14 tahun, merupakan pelajar sekolah menengah SMK Kota Marudu. Adik Nuralya juga adalah seorang pelajar tingkatan 2 dan telahpun menjadi ahli NADI Kg Ranau pada tahun 2018. Adik Nuralya juga sangat berminat dengan kelas ICT serta program yang dijalankan oleh NADI Kg Ranau. Adik Nuralya juga rajin mengikuti kelas ICT seperti microsoft word, power point dan excel bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memudahkan beliau membuat tugasan khususnya dalam pelajaran. Adik Nuralya juga mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadikan NADI Kg Ranau sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Selain itu, Adik Nuralya juga sering mengikuti aktiviti STEM yang diadakan di NADI Kg Ranau untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di NADI Kg Ranau, Adik Nuralya hanya mengetahui sedikit asas tentang microsoft office word, power point dan excel. Dari segi pengetahuan tentang multimedia, Adik Nuralya juga tidak mempunyai asas dalam pengeditan video dan perisian aplikasi canva. Adik Nuralya juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi komputer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. Dalam bidang STEM juga, adik Nuralya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan NADI, Adik Nuralya kini menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet pada masa kini. Adik Nuralya juga menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten bagi mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul. Adik Nuralya juga turut mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB bersama petugas NADI Kg Ranau. Selain daripada itu, Adik Nuralya telah berjaya menguasai asas microsoft office word, power point dan excel. Di samping itu, Adik Nuralya juga sentiasa memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas yang telah dijalankan oleh NADI Kg Ranau serta menggunakan NADI sebagai one-stop center untuk membuat tugasan sekolah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.