USAHAWAN SAYUR HIDROPONIK (TOYYIB AGROFARM)
Nama : Rosediannah Binti Kotung Umur : 38 Tahun Ahli : 2023 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Puan Rosediannah menjalankan perniagaan sayur hidroponik bermula pada tahun 2022. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual pelbagai jenis bunga seperti bunga kertas dan bunga keladi. Beliau berusia 38 Tahun dan merupakan ahli peladang kota marudu. Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai seorang usahawan bunga sahaja dan seterusnya beliau mendapat idea untuk mengusahakan satu tanaman sayur hidroponik di kota marudu. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam kursus yang diadakan oleh pelbagai agensi mengenai bidang yang beliau ceburi seperti tanaman hidroponik, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan sayur hidroponik (toyyib agrofarm) yang semakin dikenali ramai. NADI kg Ranau menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan NADI, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui penglibatan NADI, kini perniagaan beliau mula mencuba perniagaan lain diatas platform e-dagang seperti shopee. Puan Rosediannah masih dibawah bimbingan Petugas NADI Kg Ranau dalam memastikan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dapat dicapai setiap bulan. Perniagaan Puan Rosediannah mula mendapat perhatian dan dikenali melalui aktiviti promosi yang sering dijalankan oleh NADI Kg Ranau seperti mengiklankan sayur-sayur yang segar untuk meningkatkan lagi pemasaran produk beliau. Di samping itu, Puan Rosediannah juga semakin mahir dalam pengediting video dan gambar bagi tujuan promosi sayur-sayur beliau.