Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran pemasaran secara online kepada peserta. Para peserta mempelajari  strategi pemasaran secara online melalui media sosial terkini iaitu Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga Myshop didalam portal Dashboard Komuniti. Latihan ini juga justeru membantu para peserta untuk menggunakan media sosial  (Marketing online website) tersebut untuk mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk memuatnaik produk serta mengurus pemasaran produk mereka di media sosial  website. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran prospek perniagaan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing)

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan memberi sedikit penerangan tentang kepentingan internet pada masa kini kepada para peniaga. Info penerangan tentang perbezaan dan kebaikan pemasaran secara online dan juga secara langsung. Seterusnya  sesi tutorial bersama petugas cara-cara memasarkan produk di laman sosial dan juga didalam dashboard komuniti PI iaitu ruangan Myshop portal.

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para ahli PI. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawexplorer.com .

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran digital kepada ahli dengan aktiviti mewarna menggunakan komputer. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka pada waktu petang dan mendekatkan lagi ahli dengan Pi Kg Ranau. Selain daripada itu aktiviti ini memberi pendedahan tentang pentingnya komputer pada masa kini.  

Aktiviti

Aktiviti mewarna dijalankan secara online iaitu melalui laman web www.hellokids.com

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran ms word 2016 kepada ahli pi. Aktiviti ini juga adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada mereka cara-cara untuk membuat surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan ms word 2016. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi penerangan komponen yang terdapat didalam ms word 2016 dan seterusnya memberi mereka format tentang cara-cara untuk menaip atau membuat surat kiriman tidak rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan penggunaan ms word 2016 dan dapat belajar untuk membuat surat tidak rasmi. 

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli pi tentang kesan siber buli kepada seseorang individu dan juga kebaikan dan keburukan internet kepada mereka. Selain itu, memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Seterusnya menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir. 

Gambar Di Sini