Tarikh : 14 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang waktu petang para ahli pi terutama golongan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mendekatkan Ahli pi dengan PI Kg Ranau disamping dapat mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran mewarna dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Aktiviti mewarna dijalankan dengan memberi sebuah poster imej/lukisan kereta dan para pelajar harus mewarnakan lukisan tersebut dengan kemas dan cantik.
Tarikh : 13 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2016 kepada para belia. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada Para belia dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah membimbing dan membantu mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Word 2016 yang terkini.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para pelajar telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Disamping itu juga, peserta juga diajar cara-cara menggunakan Ms Word untuk belajar menaip surat rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.
Tarikh : 08 Oktober 2018 Masa : 9.00AM- 12.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para beliawanis atau suri rumah yang mempunyai perniagaan sendiri (kecil-kecilan) untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan suntingan imej yang menarik untuk produk mereka dan juga belajar membuat kad bisnes sendiri. Selain itu juga, tujuan latihan ini dijalankan agar para beliawanis atau suri rumah mahir menggunakan komputer sebagai asas teknologi dalam pemasaran produk mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau.
Aktiviti
Latihan keusahawanan membuat Suntingan imej dilakukan dengan menggunakan Ms Power Point editing kerana ianya amat mudah bagi para usahawan untuk membuat hasil suntingan imej yang cepat. Seterusnya para usahawan belajar membuat bisnes kad mereka sehingga mahir dengan menggunakan Ms Office Publisher.
Tarikh : 11 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pengajaran nilai-nilai murni kepada ahli pi terutama dalam kalangan kanak-kanak. Program ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersama para ahli pi akan penyiaran siri animasi kanak-kanak yang popular pada tahun 80an dan 90an yang disiarkan di saluran RTM dan diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia dan ianya sangat bermakna dengan pengisian pengajaran yang berguna kepada golongan kanak-kanak serta masyrakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang waktu petang para ahli pi sekaligus dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan penayangan cerita animasi yang bertajuk kisah dan tauladan kepada ahli pi yang hadir. Sesi ini berjalan selama 20 minit dan seterusnya aktiviti diteruskan dengan sesi soal jawab kepada ahli pi tentang mesej dan pengajaran terhadap cerita yang telah mereka saksikan.
Tarikh : 07 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat seni visual daripada ahli pi kg ranau. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli pi sempena hujung minggu dan mendekatkan lagi ahli dengan pi kg ranau. Aktiviti ini menyampaikan pentingnya ICT dan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi tayangan video daripada laman youtube iaitu video tutorial tentang cara-cara untuk menghasilkan flipbook animasi. Kemudian para peserta mempraktikkan sendiri lukisan flipbook animasi mereka hasil daripada dapatan ilmu tutorial video yang telah disaksikan dan dibimbing oleh petugas PI.