Tujuan

Kelas ICT Microsoft Paint ini bertujuan untuk memberi kemahiran melukis dan membuat poster kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada para pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dan membuat poster dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang dan mendidik kemampuan pemikiran dan kreativiti mereka dengan menggunakan kertas warna. Selain itu, aktiviti ini boleh mengajak komuniti terutamanya kanak-kanak dan remaja dalam melakukan aktiviti berfeadah semasa waktu petang dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dengan Petugas Pi Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai program Kreatif DIY melalui penayangan video di Youtube. Selepas itu, aktiviti Kreatif DIY Paper Colour diteruskan dengan pembahagian bahan-bahan kepada para peserta yang telah disediakan oleh petugas PI Kg Ranau. Peserta boleh memilih kreatif DIY mereka di Youtube, setelah siap para peserta dapat membawa balik hasil kreativiti mereka. Secara keseluruhannya, para peserta berjaya untuk menyelesaikan hasil kreatif mereka dengan pelbagai bentuk.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini merupakan sesi perjumpaan dan mempromosikan aplikasi myskool didalam dashboard komuniti kepada pihak sekolah untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka. Tujuan lain ialah bagi menyampaikan objektif Pusat Internet kepada komuniti dan fungsi aplikasi mydashboard komuniti (myskool) kepada pihak sekolah. 

Aktiviti

Sesi perjumpaan dan kunjungan dimulai dengan memberi pengenalan Pusat Internet dan kemudian pengenalan kepada aplikasi  Dashboard Komuniti dan modul myskool khas untuk pihak sekolah dan komuniti. Secara keseluruhannya, kunjungan dan sesi kerjasama ini mendapatkan sambutan yang baik daripada pihak sekolah terutama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rendah Sk Ranau. 

Gambar Di Sini

 

 

 

 

 

 

 

 Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual kelas sekolah sempena tahun baru persekolahan. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan cara-cara membuat jadual kelas sekolah. Selain itu,  Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat jadual kelas sekolah mengikut hasil kreativiti mereka dan mencetak jadual tersebut dengan bantuan Petugas PI. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia cara mengunakan Movie Maker untuk kegunaan tugasan dan kerja mereka. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Movie Maker. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan cara mengunakan perisian dan menerangkan setiap komponen-kompenen yang terdapat dalam movie maker ini. Selain itu,  Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara memasukan gambar dan video. Peserta di berikan tugasan membuat video mengikut hasil kreativiti mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini. 

Gambar Disini