Tarikh : 21 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan bagaimana hendak menggunakan aplikasi my dashboard komuniti kepada ahli PI. Disamping itu juga, program ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang kebaikan dan fungsi aplikasi mydasbhoard komuniti kepada komuniti yang sudah mendaftar sebagai ahli PI Kg Ranau. Justeru itu, program ini sekaligus mempromosikan tentang info semasa yang berkaitan dengan Dashboad komuniti PI yang sedang dijalankan iaitu pertandingan kuiz dan hadiah yang lumayan sedang menanti ahli PI yang aktfi menggunakan aplikasi mydashboard komuniti. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli PI pentingnya komunikasi media digital seperti aplikasi mydashboard komuniti ini. Selain daripada itu juga, program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi sesi pengenalan tentang apa itu dashboard kepada ahli PI yang terlibat. Kemudian para peserta diajar satu persatu tentang modul-modul yang terdapat didalam mydashboard komuniti iaitu info mykomuniti, myhealth, myskool, mysoal dan myshop. Para peserta menerokai modul-modul yang terdapat didalam mydashboard komuniti . Seterusnya, para ahli pi belajar bagaimana cara untuk memuat status di dalam aplikasi mydashboard komuniti.
Tarikh : 20 Oktober 2018 Masa : 9.00AM- 12.00PM Lokasi : PI KG RANAU Pelawat : 22 orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada ahli PI tentang langkah-langkah keselamatan jika berlakunya kebakaran dan juga pembelajaran tentang cara-cara menggunakan alat pemadam api. Program kerjasama daripada Jabatan Balai Bomba ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan pentingnya ilmu pengetahuan tentang langkah keselamatan kebakaran kepada komuniti masyarakat setempat dan melaksanakan kempen satu rumah satu alat pemadam api. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau sempena waktu lapang di hujung minggu.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan sesi taklimat penerangan keselamatan kebakaran daripada ahli skuad bomba yang bertugas. Kemudian penerangan tentang cara penggunaan yang betul alat pemadam api kepada para ahli pi yang hadir. Seterusnya, sesi tayangan video tutorial cara-cara memadamkan api.
Tarikh : 19 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office publisher 2016 kepada para belia. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi asas kemahiran kemahiran tentang Microsoft Office Publisher 2016 kepada Para belia dan memberi pendedahan asas penggunaan MS Publisher 2016 secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah membimbing dan membantu mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Publisher 2016 yang terkini. Selain daripada Ms publisher, kelas ICT belia pada kali ini juga dijalankan dengan mempelajari animasi movie daripada aplikasi POWTOON. Tujuan kelas tersebut adalah untuk memberi kemahiran kepada para belia akan suntingan animasi video yang menarik yang terdapat didalam aplikasi Powtoon secara online.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para belia telah diajar melalui teori dan praktikal. Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher 2016. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Publisher 2016 serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para belia dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. Seterusnya aktiviti membuat video animasi dengan menggunakan aplikasi Powtoon secara online dijalankan. Disini para belia belajar menerokai suntingan video animasi yang terdapat didalam aplikasi powtoon tersebut.
Tarikh : 18 Oktober 2018 Masa : 8.00AM- 5.00PM Lokasi : Dewan Komuniti Kota Marudu Pelawat : 48 orang |
Tujuan
Pameran Pusat Internet Kg Ranau sempena karnival Usahawan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet kepada pelbagai komuniti di seluruh daerah kota Marudu. Petugas Pi mengambil kesempatan kerjasama ini sebagai peluang untuk meluaskan lagi pengenalan, objektif dan kewujudan pusat internet kg ranau yang juga turut menawarkan latihan keusahawanan secara percuma kepada sesiapa yang menjadi ahli PI. Disamping mempromosikan tentang kepentingan ilmu pengetahuan ICT dan Komputer kepada lapisan masyrakat yang hadir didalam karnival Usahawan tersebut. Pameran ini juga bertujuan untuk mencari ahli PI baru dan menyebarkan maklumat tentang kelas-kelas ICT serta perkhidmatan yang PI Kg Ranau tawarkan.
Aktiviti
Pameran bermula pada jam8 pagi. Pameran karnival usahawan ini dijalankan oleh pengurus PI dan penolong PI serta skuad Pi yang turut membantu. Sepanjang pameran dijalankan petugas Pi menyediakan risalah bagi memudahkan penyampaian informasi kepada para pengunjung. Petugas juga turut memberi tayangan video kelas-kelas usahawan yang sudah dijalankan di Pusat Internet serta slide show gambar-gambar aktiviti dan program di Pusat Internet Kg Ranau sebagai pameran kepada pengunjung. Secara keseluruhannya, pameran sebegini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti dan beberapa pengunjung pameran PI ada yang tertarik untuk menjadi ahli.
Tarikh : 17 Oktober 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kegunaan google maps kepada para pelajar. Disamping itu juga, memberi kesedaran tentang pentingnya komputer pada masa kini dan betapa pentingnya ilmu ICT pada masa kini. Kelas ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi di waktu petang.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan google maps dan mengetahui arah tunjuk tempat peta yang ada didalam google maps. Kemudian para pelajar mencuba sendiri menerokai google maps.